Warnailah hidup ini dengan akhlak-akhlak yang murni..
Rabu, 16 Mac 2011
Super Women...
Saya andaikan kebanyakan wanita bekerjaya yang hidup di alaf ini bolehlah dilabel sebagai 'superwomen'. Kenapa saya kata begitu, kerana wanita sekarang terpaksa melakukan pelbagai perkara dalam sehari-hari kehidupan mereka. Pergi kerja pagi, balik kerja petang. Lepas balik kerja, pelbagai kerja rumah menanti mereka di samping perlu mengurus dan mendidik anak-anak. Apatah lagi jika bebanan dan tekanan yang berat terpaksa dihadapi di tempat kerja ditambah dengan bebanan emosi dan fizikal yang ditanggung sekiranya si suami tergolong dalam jenis yang lepas tangan atau ada pula yang bersikap autokratik. Wanita yang naturenya lemah ini terpaksa menjadi kuat sekuat batu untuk menanggung segala-galanya. Adakah wanita sesuai bekerja di luar dan perlukah wanita keluar malam untuk bekerja? Satu persoalan yang perlu kita sama-sama fikirkan. Sekiranya wanita bekerja, kerja apa yang sesuai bagi seorang wanita...Ada yang mengatakan, wanita paling sesuai menjadi seorang guru kerana sifat semulajadi wanita yang penuh keibuan sesuai untuk mendidik pelajar. Namun bagi saya, tugas seorang guru kebelakangan ini, sebenarnya agak mencabar bukan lagi seperti dulu, Untuk mencapai target dan KPI sekolah, mereka perlu berusaha sekeras-kerasnya, habiskan kebanyakan masa di sekolah dan bersama pelajar-pelajar..siang malam, hari sekolah hari cuti...perkara ini bukan dongeng..ia adalah satu realiti bagi sebilangan guru..Jadi, berbalik kepada persoalan tadi... bagaimanakah kita boleh membentuk institusi keluarga yang kukuh dan berkualiti sekiranya tugas yang sepatutnya seorang ibu lakukan tidak dapat dilakukan dengan sempurna apabila si ibu terpaksa menghabiskan kebanyakan masa di luar rumah...Sama-samalah kita fikirkan..
So, adakah kita perlu berhenti kerja untuk tumpukan perhatian kepada keluarga?
BalasPadamAin, tak semestinya kita perlu berhenti kerja tapi pelbagai pihak harus ambil perhatian spt suami, majikan, kerajaan dsb.
BalasPadam