Mutiara Kata

Warnailah hidup ini dengan akhlak-akhlak yang murni..

Selasa, 29 Januari 2013

FADHILAT BULAN RABIULAWAL

Rabiulawal adalah bulan ketiga mengikut kalendar Islam. Rabiulawal bererti musim bunga yang pertama. Ia amat terkenal dikalangan masyarakat Islam kerana didalam bulan inilah Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dilahirkan iaitu pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi. 
Perlantikan menjadi Rasul pada 9 Rabiulawal bersamaan 610 Masehi dan kewafatan baginda Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam pada 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijriah.
Sebagai Hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya dan Rasul-Nya hendaklah mengingati hari kelahiran Junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dengan memperbanyakkan zikir dan selawat tanda bersyukur kepada Allah diatas limpah kurnia-Nya mengutus Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam yang membawa manusia kejalan kebaikan dan menegah daripada jalan kejahatan. Kewajipan kita sebagai umat baginda ialah menyambung perjuangan baginda itu dengan menyeru manusia kepada jalan Allah dan menegah daripada perbuatan mungkar.
Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah Ali-Imraan ayat 31-32:

Terjemahannya:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir".

Khamis, 17 Mac 2011

Botol Susu BPA

BPA ialah singkatan bagi Polikarbonat Bishenol  A. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan Bisphenol A ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar. 



Antara kesan buruk BPA ialah :
  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif

Kerajaan mengumumkan akan menguatkuasakan pengharaman botol susu yang mengandungi BPA ini pada  1 Mac 2012.

Mutiara Kata

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

"Pengetahuan bukanlah apa yang dihafal. Pengetahuan adalah apa yang memberi faedah."
- Imam Shafie

Foto-Foto Tsunami Jepun - Mac 2011














Rabu, 16 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Baru-baru ini telah ditayangkan filem Hikayat Merong Mahawangsa di pawagam- pawagam. Ini adalah satu percubaan yang berani untuk menerbitkan sebuah karya sastera sejarah yang penuh dengan penceritaan. Sebenarnya Hikayat Merong Mahawangsa adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah. . Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi mitos-mitos yang kita sendiri ragui kewujudannya. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Alexander The Great  dari Macedonia  sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M. Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.
Kandungan Hikayat Merong Mahawangsa dalam teks jawi

Kulit buku Hikayat Merong Mahawangsa dalam teks rumi



Bersyukur dengan segala yang kita miliki...

Super Women...

Saya andaikan kebanyakan wanita bekerjaya yang hidup di alaf ini bolehlah dilabel sebagai 'superwomen'. Kenapa saya kata begitu, kerana wanita sekarang terpaksa melakukan pelbagai perkara dalam sehari-hari kehidupan mereka. Pergi kerja pagi, balik kerja petang. Lepas balik kerja, pelbagai kerja rumah menanti mereka di samping perlu mengurus dan mendidik anak-anak. Apatah lagi jika bebanan dan tekanan yang berat terpaksa dihadapi di tempat kerja ditambah dengan bebanan emosi dan fizikal yang ditanggung sekiranya si suami tergolong dalam jenis yang lepas tangan atau ada pula yang bersikap autokratik. Wanita yang naturenya lemah ini terpaksa menjadi kuat sekuat batu untuk menanggung segala-galanya. Adakah wanita sesuai bekerja di luar dan perlukah wanita keluar malam untuk bekerja? Satu persoalan yang perlu kita sama-sama fikirkan. Sekiranya wanita bekerja, kerja apa yang sesuai bagi seorang wanita...Ada yang mengatakan, wanita paling sesuai menjadi seorang guru kerana sifat semulajadi wanita yang penuh keibuan sesuai untuk mendidik pelajar. Namun bagi saya, tugas seorang guru kebelakangan ini, sebenarnya agak mencabar bukan lagi seperti dulu, Untuk mencapai target dan KPI sekolah, mereka perlu berusaha sekeras-kerasnya, habiskan kebanyakan masa di sekolah dan bersama pelajar-pelajar..siang malam, hari sekolah hari cuti...perkara ini bukan dongeng..ia adalah satu realiti bagi sebilangan guru..Jadi, berbalik kepada persoalan tadi... bagaimanakah kita boleh membentuk institusi keluarga yang kukuh dan berkualiti sekiranya tugas yang sepatutnya seorang ibu lakukan tidak dapat dilakukan dengan sempurna apabila si ibu terpaksa menghabiskan kebanyakan masa di luar rumah...Sama-samalah kita fikirkan..

Sejarah ... mengajar kita lebih matang dan dewasa.


 Lebih 10 tahun saya menjadi seorang guru mata pelajaran Sejarah di 3 buah sekolah. Menjadi seorang guru Sejarah adalah sesuatu yang amat mencabar kerana subjek tersebut amat tidak popular di kalangan pelajar Bagi kebanyakan pelajar, subjek ini perlu lebih membaca dan mempunyai fakta yang berjela-jela. Bagi saya, sesiapa yang menyukai subjek ini adalah sesuatu yang 'gifted' dan tidak ramai yang dikurniakan Allah s.w.t akan bakat ini. Yang lain, perlu berusaha lebih untuk score. Selalu pelajar tanya saya, kenapa kita perlu belajar Sejarah. Bagi mereka biarlah perkara yang lepas biarkan berlalu dan tidak perlu diingat dan diulas lagi. Antara jawapan yang sering saya berikan ialah sejarah adalah cermin kehidupan, belajar sejarah umpama belajar tentang diri sendiri, dan belajar tentang kehidupan. Kita akan berfikir dengan lebih mendalam, menilai, membandingkan, mengambil iktibar dan semua itu menjadikan diri kita lebih matang dan dewasa... Saya minta mereka belajar dulu dengan tekun dan teliti kerana saya harap, satu hari nanti mereka akan sedar, subjek Sejarah  bukan sekadar untuk mendapatkan peluang menyambung pelajaran atau peluang pekerjaan semata-mata.  Subjek ini lebih bernilai dari itu...