Mutiara Kata

Warnailah hidup ini dengan akhlak-akhlak yang murni..

Rabu, 16 Mac 2011

Sejarah ... mengajar kita lebih matang dan dewasa.


 Lebih 10 tahun saya menjadi seorang guru mata pelajaran Sejarah di 3 buah sekolah. Menjadi seorang guru Sejarah adalah sesuatu yang amat mencabar kerana subjek tersebut amat tidak popular di kalangan pelajar Bagi kebanyakan pelajar, subjek ini perlu lebih membaca dan mempunyai fakta yang berjela-jela. Bagi saya, sesiapa yang menyukai subjek ini adalah sesuatu yang 'gifted' dan tidak ramai yang dikurniakan Allah s.w.t akan bakat ini. Yang lain, perlu berusaha lebih untuk score. Selalu pelajar tanya saya, kenapa kita perlu belajar Sejarah. Bagi mereka biarlah perkara yang lepas biarkan berlalu dan tidak perlu diingat dan diulas lagi. Antara jawapan yang sering saya berikan ialah sejarah adalah cermin kehidupan, belajar sejarah umpama belajar tentang diri sendiri, dan belajar tentang kehidupan. Kita akan berfikir dengan lebih mendalam, menilai, membandingkan, mengambil iktibar dan semua itu menjadikan diri kita lebih matang dan dewasa... Saya minta mereka belajar dulu dengan tekun dan teliti kerana saya harap, satu hari nanti mereka akan sedar, subjek Sejarah  bukan sekadar untuk mendapatkan peluang menyambung pelajaran atau peluang pekerjaan semata-mata.  Subjek ini lebih bernilai dari itu... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan